KUALA LUMPUR: Kesemua 16 mangsa kebakaran di tingkat 17, Blok 70 Flat Sri Sabah akan ditempatkan di rumah transit di Flat Sri Johor, Cheras pada Khamis ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata kesemua mangsa daripada lima keluarga itu dibenarkan mendiami rumah transit berkenaan untuk tempoh enam bulan hingga tiga tahun.
"Kita benarkan duduk di rumah transit itu selama enam bulan bagi mereka yang mempunyai rumah sendiri, manakala bagi yang menyewa mereka dibenarkan menduduki rumah transit itu selama tiga tahun," katanya kepada pemberita selepas menyantuni mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Seri Cheras di sini hari ini.
Turut hadir, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Noraini Ahmad.
Selain itu sebanyak RM7,300 sumbangan tunai dan barang keperluan asas telah disalurkan kepada lima keluarga yang terlibat dalam insiden berkenaan.
"Kita dari JWP (Jabatan Wilayah Persekutuan) telah memberi sumbangan RM5,000, DBKL (RM 1,000), Parlimen Bandar Tun Razak (RM 1,000) dan Jabatan Kebajikan Masyakat (RM300)," katanya.
Pada Ahad lepas, sebanyak lima unit rumah di tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras, musnah dalam kebakaran dipercayai berpunca daripada masalah pendawaian elektrik.
Sementara itu, Dr Wan Azizah turut mencadangkan pihak bomba memberi penerangan kepada orang awam mengenai persediaan kebakaran bagi membolehkan bantuan awal memadam kebakaran dilakukan.
"Penerangan tersebut adalah seperti bagaimana kalau ada masalah, pili bomba mana yang orang awam boleh guna untuk membantu (memadam kebakaran) secepat mungkin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024
Dr Zaliha berkata, kesemua mangsa daripada lima keluarga itu dibenarkan mendiami rumah transit berkenaan untuk tempoh enam bulan hingga tiga tahun.
Paris 2024: Beasley elak latihan berlebihan
Kebanyakan atlet ketika ini meningkatkan rejim latihan mereka menjelang Sukan Olimpik paris 2024 namun ia berbeza buat jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang.
Spesies monyet 'menghadapi kepupusan' ditemui di Jemoreng
Spesies monyet tersebut sebelum ini hanya ditemui di Taman Negara Maludam.
Polis sahkan Siti Nurul Masyitah terbabit kemalangan
Siti Nurul Masyitah yang merupakan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PIS mengalami kecederaan yang serius.
Kejohanan Skuasy Dunia: Sivasangari, Eain Yow kandas di pusingan ketiga
Harapan Malaysia dalam Kejohanan Skuasy Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2023-2024 berakhir apabila kedua-dua S. Sivasangari dan Ng Eain Yow gagal melangkah ke suku akhir.
‘Beri ruang kepada Faisal jalani tempoh pemulihan’- Adam Adli
Faisal kini menunjukkan tanda-tanda positif dan keadaan kesihatannya bertambah baik.
Hubungan utuh Malaysia-Singapura beri manfaat besar kepada ASEAN
Dengan kerjasama bersama Anwar, Singapura boleh tarik firma teknologi global ke rantau ini susulan perang perdagangan dan cip antara AS-China.
Enam cedera, tiga parah nahas empat kenderaan
Kesemua yang cedera di bawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
Keluarga Faisal Halim kuat semangat - Adam Adli
Timbalan Menteri KBS, Adam Adli berkata, keluarga Faisal Halim berada dalam keadaan baik selain beliau turut dimaklumkan Faisal menunjukkan semangat yang tinggi untuk pulih.
Belia perlu ada integriti, harga diri dan maruah yang kuat - Adam Adli
Golongan belia perlu memiliki integriti, harga diri dan maruah yang kuat untuk muncul sebagai sebuah bangsa tidak kalah, tahan cabaran dan yakin dengan kebolehan diri sendiri.
Pemandu lori ditahan seleweng 1,800 liter diesel
Pemandu lori kanvas yang membawa muatan minyak diesel disyaki tidak memiliki dokumen atau permit kebenaran daripada KPDN.
Hampir RM10 bilion dibelanja bagi penyakit tidak berjangkit - Dr Zaliha
Sejumlah RM9.65 bilion telah dibelanjakan bagi menangani penyakit tidak berjangkit (NCD), iaitu 16.8 peratus daripada perbelanjaan kesihatan negara.
Pengurusan tekanan petugas kesihatan sekarang mencukupi - Dr Zaliha
Kaedah pengurusan tekanan dan kesihatan mental sedia ada untuk petugas kesihatan adalah mencukupi namun boleh ditambah baik jika perlu, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.